Perarakan

Perarakan memasuki dewan adalah satu tradisi dalam memulakan Majlis Konvokesyen Kolej-kolej Kumpulan Pendidikan YPJ. Upacara perarakan ini dijalankan dengan penuh warna-warni serta penuh tertib. Ianya melambangkan keagungan betapa besarnya warisan budaya bangsa di mana perarakan diserikan dengan alunan muzik gamelan.

Istiadat memasuki dewan dimulakan dengan para tetamu dan dif-dif jemputan mengambil tempat duduk. Ini diikuti dengan perarakan masuk para graduan yang memakai jubah berwarna hitam berjalur warna mengikut kolej dan mortar board berwarna hitam dihiasi tasel hitam kecuali graduan sijil yang memakai songkok hitam.

Selesai perarakan masuk para graduan, staf akademik berarak masuk dengan memakai jubah berjalur mengikut warna kolej serta mortar board berwarna hitam dan dihiasi tasel hitam. Perarakan berakhir dengan perarakan masuk YAB Dato’ Pengerusi Lembaga Pengarah dengan diiringi oleh Lembaga Pengarah, wakil-wakil IPTA dan IPTS, Ketua Pegawai Eksekutif serta Pegawai-pegawai Kanan KPYPJ dengan memakai pakaian konvokesyen yang telah ditentukan mengikut hierarki masing-masing. Perarakan ini didahului dengan pegawai yang membawa kitab suci Al-Quran.