Pengesahan kehadiran graduan ke Majlis Konvokesyen Kumpulan Pendidikan YPJ Ke-26 bermula pada 3 hingga 30 September 2025. Sila ikuti langkah-langkah mudah yang dinyatakan bagi melengkapkan pengesahan kehadiran graduan ke majlis konvokesyen.
Graduan yang hadir ke Majlis Konvokesyen perlu membuat pembayaran sebanyak RM300.00 sahaja. Bayaran penyertaan yang telah dibuat tidak dikembalikan sekiranya graduan tidak dapat menghadiri majlis konvokesyen.
» GRADUAN KOLEJ YAYASAN PELAJARAN JOHOR «
» GRADUAN KOLEJ KEMAHIRAN JOHOR «
Langkah 1: Semak nama graduan KYPJ yang layak menghadiri Majlis Konvokesyen Kumpulan Pendidikan YPJ Ke-26 dalam senarai nama rasmi pada pautan berikut:
Langkah 2: Sila buat pembayaran yuran dan pengesahan kehadiran melalui sistem i-campus KYPJ pada pautan di bawah. Untuk pertanyaan lanjut berkaitan pembayaran yuran, hubungi En. Bazli (017-731 4688) atau Hotline Bendahari (011-6487 2078).
Tatacara Pengesahan Kehadiran dan Pembayaran Konvokesyen melalui iCampus
*Nota : deposit jubah mesti dibayar secara tunai semasa hari pengambilan jubah dan akan dipulangkan selepas pemulangan jubah.
Langkah 3: Isi borang soal selidik Kajian Pengesanan Graduan (SKPG1). Graduan dikehendaki membawa slip SKPG1 semasa mendaftar untuk mengambil jubah. Untuk maklumat lanjut mengenai SKPG1, sila hubungi Pegawai Hal Ehwal Pelajar KYPJ : Pn. Afiqah (013-755 6348).
Layari laman web ini untuk mendapatkan maklumat rasmi konvokesyen, termasuk etika pemakaian graduan, panduan ibu bapa dan tetamu, penyewaan jubah, jadual sesi dan sebagainya. Jangan lupa sertai Saluran Telegram Rasmi Konvokesyen Graduan KYPJ untuk info terkini.
Langkah 1: Semak nama graduan KKJ yang layak menghadiri Majlis Konvokesyen Kumpulan Pendidikan YPJ Ke-26 dalam senarai nama rasmi pada pautan berikut:
Langkah 2: Sila buat pembayaran yuran dan pengesahan kehadiran melalui sistem SMAP KKJ pada pautan di bawah. Untuk pertanyaan lanjut berkaitan pembayaran yuran, hubungi Pn. Lela (012-734 2044).
Tatacara Pengesahan Kehadiran dan Pembayaran Konvokesyen melalui Sistem SMAP KKJ.
1. Log in portal graduan SMAP di link pengesahan kehadiran di bawah.
2. Masukkan No. Kad Pengenalan
3. Tekan butang Hantar
4. Sahkan Status Graduan
5. Isi Borang Pengesanan Graduan
6. Semak dan kemaskini maklumat graduan
Nota: Semua ruang yang bertanda ‘*’ wajib diisi dan dikemaskini.
7. Isi Pengesahan Kehadiran
8. Buat Bayaran melalui FPX sehingga resit bayaran dijana sebagai bukti pembayaran.
9. Sekiranya tangguh bayaran atau belum bayar, sila tunggu sehingga mesej bayaran dihantar kepada anda melalui aplikasi WhatsApp.
*Nota : deposit jubah mesti dibayar secara tunai semasa hari pengambilan jubah dan akan dipulangkan selepas pemulangan jubah.
Layari laman web ini untuk mendapatkan maklumat rasmi konvokesyen, termasuk etika pemakaian graduan, panduan ibu bapa dan tetamu, penyewaan jubah, jadual sesi dan sebagainya. Jangan lupa sertai Saluran Telegram Rasmi Konvokesyen Graduan KKJ untuk info terkini.